Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
Siri ni baru habis malam kelmarin setelah 9 musim bersiaran. Cerita TV ni dah lama tamat sebenarnya tapi disiar semula dekat HBO Family setiap malam Isnin hingga Jumaat sebanyak 2 episod sekali. Aku rasa pernah tengok dulu tapi dia tayang kejap sahaja. Masa tayang semula ni pun aku baru perasan dah sampai musim ke 6.Rupanya cerita ni berakhir pada tahun 2013 lebih 10 tahun dah.
Selain tengok gelagat pekerja-pekerja pejabat ni aku tertarik nak tahu kesudahan cerita dua orang ni. Mula-mula mereka ni dah jalin hubungan cinta tapi entah macam mana masa perempuan ni suruh jaga kucing dia yang tengah sakit lelaki ni tiba-tiba tamatkan riwayat kucing tadi. Marah gila dia sampai nak ganti kucing lain pun dia tak mahu.Macam-macam alasan dia bagi semua tak diterima, akhirnya mereka putus dan jadi rakan sekerja balik.Selepas itu perempuan ni jalin hubungan dengan rakan sekerja lain sehingga hampir-hampir nak kahwin.Tahu pasal tu,lagi kecewa dia sampai gaduh besar dengan rakan sekerja tu tapi akhirnya tak jadi juga sebab perempuan tu masih lagi curang dengan lelaki sebelum ni semasa mereka tengah bertunang.
Selang beberapa musim lelaki sebelum ni ajak perempuan ni jalin hubungan semula sebab nak anak. Semuanya baik siap buat perjanjian dengan peguam lagi dengan bermacam terma dan syarat. Tetapi entah macam mana lelaki ni macam buat tak layan dan dia pun ada layan perempuan lain, hubungan dan kontrak tu berakhir bila perempuan ni mula jalin hubungan dengan seorang ahli poltik.Mereka berdua pun berkahwin dan dapat seorang anak.
Tapi nak dekat musim terakhir tu, perempuan ni baru tahu yang suami dia ni seorang homoseksual dan ada jalin hubungan dengan rakan sekerja dia yang juga seorang homoseksual.Setelah bercerai, lelaki sebelum ni yang dah naik pangkat jadi pengurus cawangan melamar perempuan ni dan dia baru tahu yang anak lelaki perempuan tu rupanya anak dia hasil hubungan mereka sebelum perempuan tu kahwin dengan ahli politik tadi.
Agak pelik bila tengok cerita ni yang lebih kepada kandungan untuk golongan dewasa boleh siar dalam HBO Family yang khusus untuk tontonan keluarga.
Sekian