Lion Of The Desert

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru dua minggu ni dapat tengok cerita ‘Singa Padang Pasir’ lakonan Anthony Quinn sebagai Umar Mokhtar dekat Astro Movie.Ini adalah pengakhiran hidup dia lepas kena hukum gantung oleh penjajah Itali di Libya. Paling aku terharu dalam cerita ni bila masa dalam tahanan dia minta buka gari tangan dan kaki dan kemudian sebekas air. Pegawai pandang lain macam tapi dia terangkan aku dah umur 70 tahun tak daya nak lari mana. Bila dah buka gari dan bagi bekas air, Umar terus ambik Wudhu untuk solat sebab masa ni azan tengah berkumandang dan pegawai tertinggi situ pandang je dia tengah nak mula solat.

Tapi ikut sejarah, beberapa tahun lepas tu Benito Mussolini diktator Itali masa tu yang sebelum ni buat arahan penjajahan keatas Libya kepada pegawai-pegawai tentera mengalami kejatuhan pemerintahan dan dihukum bunuh oleh penentang-penentang dia dan mayatnya kemudian dibawa ke bandar Milan untuk tontonan awam.

Sekian

Suki da 2005

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru sahaja tengok filem Jepun ni itu pun jenuh nak layan sampai habis. Jalan cerita dia sangat-sangat perlahan. Kalau tengok kat wayang ni mesti tidur nyenyak tahu-tahu ada orang kejutkan. Cuma penghujung cerita ni yang agak menarik sikit.

Sekian

Raya 2025

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai sebulan berpuasa semoga Allah swt menerima semua amalan kita. Setiap malam raya memang aku akan pergi ke Bazaar Raya Temerloh untuk tengok suasana sambutan kat sana. Tapi aku pergi lewat sikit dalam tengah malam dan bila sampai je masih lagi ada orang tetapi bahagian kuih raya dah tak banyak sebab orang dah memborong awal lagi. Dengan agak kecewa aku jalan-jalan lagi sekitar kawasan bazaar dalam masa 45 min macam tu kemudian balik

Balik je bukak TV tengok cerita ni yang aku pernah tengok dulu. Memang menarik membuatkan aku layan sampai habis. Dekat pukul 3 pagi jugak aku tidur. Dah 20 tahun rupanya cerita ni.Kiera Knightley masa ni pun comel lagi. Pada mulanya dia jual mahal dengan lelaki kaya ni tapi lepas tengok kakak sulung dia,adik dia dan kawan baik dia dah ada pasangan hidup. Dia terima je lepas lelaki ni melamar balik.

Sekian

Idea Man

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ni aku terjumpa dokumentari pasal Jim Henson dekat Disney Plus. Buat generasi sekarang memang tak kenal dia ni tetapi buat aku yang membesar lewat 80an dan 90an hasil karya dia ni banyak mempengaruhi zaman kanak-kanak aku dahulu dan bila dah dewasa ni kalau tengok balik rancangan terbitan dia masih lagi terhibur.

Pada zaman persekolahan, dia ni memang tertarik dengan boneka dan aktif menghasilkan sketsa untuk kelab boneka disekolah tinggi. Didalam kelab itu juga dia berkawan baik dengan seorang lagi ahli perempuan yang mempunyai minat yang sama. Selepas tamat sekolah mereka berdua menubuhkan sebuat syarikat penerbitan boneka MUPPET Inc (gabungan Marionette dan Puppet) dan tidak lama kemudian mereka berkahwin dan mendirikan rumahtangga.

Melalui syarikat ini mereka mencari pemain boneka yang lain dan mula menerbitkan sketsa untuk rancangan TV yang khususnya untuk penonton dewasa. Tetapi Jim Henson ni lebih tertarik untuk menghasilkan filem bercorak eksperimental yang lebih banyak makna tersirat dari tersurat dan melibatkan objek-objek.

Sehinggalah pada awal 70an, pengasas The Children Television Workshop yang melihat budak-budak kecil pada ketika itu begitu tertarik dengan TV (samalah macam budak-budak zaman sekarang tak boleh berenggang dengan gajet) telah meminta Jim Henson ni menghasilkan sebuah rancangan khusus untuk budak-budak terutamanya prasekolah. Pada mulanya dia ni agak keberatan kerana selalu menghasilkan rancangan untuk golongan dewasa tetapi kemudian bersetuju disebabkan salah seorang anak dia mempunyai masalah pembelajaran. Maka terhasilah Sesame Street yang semua boneka dalam rancangan itu adalah idea dari dia sendiri dan baru aku perasan yang banyak elemen eksperimental ada diselitkan sekali yang membuatkan proses pembelajaran jadi lebih menarik.

The Creator

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Filem ni aku dah tengok beberapa bulan yang lepas tetapi baru sekarang baru nak cerita sedikit. Kisah fiksyen sains tentang apa yang berlaku pada masa akan datang bila robot AI ni semakin maju dan mula hidup bersama-sama manusia. Tetapi Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang keatas robot-robot ni disebabkan bencana besar yang berlaku keatas negara mereka. Satu senjata pemusnah dicipta untuk memusnahkan saki baki robot-robot ni yang masih berada dikawasan Asia dan mereka juga melantik seorang ejen untuk mencari Nirmata (Pencipta) kepada robot-robot AI ni untuk dihapuskan sekali.

Satu babak yang menarik dan filem ni adalah ketika sekumpulan askar Amerika ingin memusnahkan pejuang-pejuang robot AI ni di sebuah kampung lalu dihantar 2 buah robot yang menyerupai ‘tong drum’ yang dipenuhi dengan bahan letupan.Robot pertama ni selepas diaktifkan siap berbangga dapat berkhidmat untuk misi terakhir dia. Tak dapat dibayangkan bunyi dentuman tapak kaki yang begitu laju dan bom jangka yang boleh berjalan dihantar ke mana-mana lokasi didunia ni memang sesuatu yang menakutkan kalau menjadi realiti.

Aku rasa dalam filem ni juga mereka membayangkan robot-robot AI ni suatu hari nanti akan menjadi hampir sama macam manusia dimana mereka boleh tidur,makan, mempunyai perasaan dan sebagainya.

Sekian