Singapore Tour 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada awal Febuari lepas aku berkesempatan melakukan lawatan ke kota Singapura. Lawatan kali ketiga ni bersama satu rombongan siap dengan pemandu pelancong sekali.Banyak jugalah dia bawak melawat di sekitar bandar ni dan tiap-tiap tempat tu memang penuh dengan pelancong tempatan dan asing.Diantara tempat-tempat tersebut adalah Lapangan Terbang Changi,Universal Studios (kawasan luar sahaja),Garden By The Bay dan Marina Bay. Tetapi tujuan utama kesini adalah disebabkan atas jemputan Kedutaan Malaysia di Singapura.

Rombongan yang aku turut serta ni ada sedikit program dengan pihak kedutaan dan mereka pun ada menyediakan jamuan makan tengah hari. Selesai makan, aku dapat tahu yang bersebelahan dengan bangunan kedutaan ni merupakan rumah yang pernah menjadi lokasi pengambaran filem Madu Tiga arahan dan lakonan P.Ramlee. Rumah memang besar siap ada kolam renang lagi dan kebetulan rumah tak dihuni oleh sesiapa jadi dapatlah melawat ke setiap ruang serta bilik-bilik yang ada.

Rumah ini sekarang telah menjadi Rumah Peranginan (Homestay) untuk penjawat awam dengan kadar SGD 200 semalam dengan kadar menunggu dalam 3 bulan.Aku tak bertanya sangat macam mana nak tempah sebab aku bukan penjawat awam pun tapi dapat melihat rumah yang begitu cantik ditengah bandar ni memang sangat berharga sebab disekeliling kawasan ni dah dipenuhi dengan kondominium-kondominium ultra mewah dengan harga puluhan juta SGD.

Luar Rumah
Tempat Letak Kereta
Pintu Masuk
Ruang Tamu
Tempat Abang Jamil kena kejar tapi dalam filem nampak jauh
Salah satu bilik tidur
Kat luar dah ada kondominium mewah
Kolam renang yang cukup besar

Sekian

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *