Walaupun Syawal dah berlalu sebulan yang lalu dan sekarang dah masuk pertengahan bulan Zulkaedah, namun raya tahun ni memang agak luarbiasa. Yelah,pada tahun 2020 yang lalu tak boleh beraya langsung dan tahun lepas pun dapat ziarah satu rumah sahaja sebab masih dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).Selepas dua tahun barulah kerajaan benarkan orang rentas negeri dan dibenarkan juga buat rumah terbuka tetapi masih ada sedikit SOP yang kena ikut.
*Besok raya!
Setelah sebulan berpuasa maka tibalah malam raya, namun selepas pengumuman dibuat tiba-tiba pemegang mohor besar raja-raja umum esok raya! Kalau ikut kalendar sepatutnya masih ada baki sehari lagi puasa namun hari tu anak bulan dah kelihatan jadi umat islam mulalah kelam-kabut sebab banyak lagi juadah belum tersedia dan persiapan masih tak lengkap.
Kat sini aku nak cerita apa yang berlaku kat tempat aku sahaja malam raya tersebut sebab aku memang akan keluar rumah tengok suasana macammana. Mana bunyi mercunnya tak henti-henti, orang beratur kat kedai santan, pasar awam buka sampai awal pagi dan yang pasti kali ni Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi.


*Selepas dua tahun…
Selain ronda-ronda bazar, aku sempat ambil video suasana malam tu. Dalam pada itu aku sempat juga menemuramah beberapa orang bertanyakan pendapat mereka tentang raya tahun ni dan raya semasa PKP. Orang memang ramailah macam biasa, cuma aku tengok banyak kedai macam dah tak ada stok dan bahagian orang kuih raya dah tak ada. Selepas selesai semua shoot, aku beli mercun roket sahaja sebab niat memang nak beli benda tu. Ada juga disediakan gerai makanan tetapi aku tak layan sangat sebab ramai sangat orang dan dekat rumah aku pun dah banyak makanan.Lebih kurang pukul 12.30 malam aku balik dan kemudian tidur sebab esok kena bangun awal nak Solat Raya. Tetapi, tidur aku diganggu sedikit dengan bau-bauan rendang jiran aku tengah masak.
*Dipagi Raya…
Sebelum raya memang kerajaan dah benarkan masjid-masjid dan surau-surau untuk rapatkan saf tetapi sejadah masih kena bawa tetapi yang sebenarnya aku tengok macam rapatkan sejadah sahaja. Tahun ni semua boleh solat raya dah tiada had dah. Aku nampak pagi tu memang ramai orang datang dengan baju raya masing-masing. Selesai ziarah kubur arwah ayah aku terus pergi pasaraya untuk beli barang sikit. Memang kegemaran aku lepas solat raya adalah pergi membeli-belah sebab suka tengok suasana orang beli barang pakai baju raya, mana staf yang muslim pun pakai baju raya jugak dan yang pasti tak ramai orang berbanding sehari sebelum tu. Aku jarang nak beraya rumah orang sebab awal-awal raya ni mereka sibuk dengan sanak-saudara sendiri.
*Raya Sebulan?
Boleh dikatakan raya tahun ni memang meriah. Yelah, selepas dua tahun orang tak dapat beraya ditambah pula banyak orang dapat keluar KWSP sebanyak RM10,000, setiap hujung minggu ada sahaja rumah terbuka kadang-kadang hari biasa pun ada tak kira malam atau siang. Lebih lagi ada beberapa hari yang orang buat jemputan beberapa buah sekaligus tak termasuk yang dibuat secara rasmi oleh orang kenamaan, pejabat dan organisasi-organisasi yang lain. Aku sempat juga hadir semampu yang boleh bila ada jemputan.
Tetapi itulah, raya memang raya tetapi sunnahnya sehari sahaja dan lepas kena buat puasa 6 hari pada bulan Syawal. Paling aku harap semoga Allah s.w.t terima ibadah puasa kita semua dan berdoa semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin.
