Lawatan Kilang Ajinomoto & Yakult

Salam dan Selamat Sejahtera!

Pada bulan April 2024 aku berpeluang mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke kilang Ajinomoto dan Yakult di Negeri Sembilan. Terletak di Bandar Perindustrian Enstek, kilang Ajinomoto ni baru sahaja didirikan dan jenama ni sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1960an lagi.

Bila di teliti,kilang baru yang punya besar ni lebih kepada pejabat urusan, bilik pameran dan stor penyimpanan sahaja. Operasi kilang hanya tertumpu kepada proses akhir pembungkusan untuk pasaran dalam negeri dan antarabangsa.Semua bahan sudah siap diimport dari luar negara dihantar ke sini untuk dibungkus kemudian dipasarkan ke kedai dan pasaraya seluruh negara. Selain perencah masakan ada juga bahan masakan lain seperti Tumix,Perencah Nasi Goreng dan lain-lain dibungkus sekali.

Semasa lawatan, kami dibawa ke bilik seminar untuk sedikit taklimat dan demonstrasi masakan. Kemudian, kami semua dibawa ke bilik pameran yang lebih kepada sejarah penubuhan syarikat. Selepas itu,semua ahli rombongan dibawa menuju ke tingkat satu untuk melihat operasi kilang. Nampak jelas cara mereka membungkus produk dan kawasan kilang yang begitu bersih sekali.Walaupun hanya satu tingkat, lif untuk naik keatas ada disediakan.

DSC00515
Mendengar sedikit taklimat
Sebahagian produk-produk mereka
Produk dari Jepun juga turut dipamerkan
Sejarah penubuhan
Kawasan dalam kilang memang besar!
Orang yang mencipta Ajinomoto

Selepas selesai lawatan ke kilang Ajinomoto, ahli rombongan dibawa pula melawat ke kilang Yakult. Seperti biasa, ada taklimat ringkas dan sesi soal jawab. Kami semua diberi sebotol seorang produk Yakult untuk diminum. Selepas itu, kami dibawa ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana produk Yakult dihasilkan. Di kilang ini juga mereka menghasilkan bekas minuman sendiri menggunakan mesin khas yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.

Kilang-kilang Yakult diseluruh dunia
Produk Yakult dari Jepun turut dipamerkan

Sekian

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *