Idea Man

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ni aku terjumpa dokumentari pasal Jim Henson dekat Disney Plus. Buat generasi sekarang memang tak kenal dia ni tetapi buat aku yang membesar lewat 80an dan 90an hasil karya dia ni banyak mempengaruhi zaman kanak-kanak aku dahulu dan bila dah dewasa ni kalau tengok balik rancangan terbitan dia masih lagi terhibur.

Pada zaman persekolahan, dia ni memang tertarik dengan boneka dan aktif menghasilkan sketsa untuk kelab boneka disekolah tinggi. Didalam kelab itu juga dia berkawan baik dengan seorang lagi ahli perempuan yang mempunyai minat yang sama. Selepas tamat sekolah mereka berdua menubuhkan sebuat syarikat penerbitan boneka MUPPET Inc (gabungan Marionette dan Puppet) dan tidak lama kemudian mereka berkahwin dan mendirikan rumahtangga.

Melalui syarikat ini mereka mencari pemain boneka yang lain dan mula menerbitkan sketsa untuk rancangan TV yang khususnya untuk penonton dewasa. Tetapi Jim Henson ni lebih tertarik untuk menghasilkan filem bercorak eksperimental yang lebih banyak makna tersirat dari tersurat dan melibatkan objek-objek.

Sehinggalah pada awal 70an, pengasas The Children Television Workshop yang melihat budak-budak kecil pada ketika itu begitu tertarik dengan TV (samalah macam budak-budak zaman sekarang tak boleh berenggang dengan gajet) telah meminta Jim Henson ni menghasilkan sebuah rancangan khusus untuk budak-budak terutamanya prasekolah. Pada mulanya dia ni agak keberatan kerana selalu menghasilkan rancangan untuk golongan dewasa tetapi kemudian bersetuju disebabkan salah seorang anak dia mempunyai masalah pembelajaran. Maka terhasilah Sesame Street yang semua boneka dalam rancangan itu adalah idea dari dia sendiri dan baru aku perasan yang banyak elemen eksperimental ada diselitkan sekali yang membuatkan proses pembelajaran jadi lebih menarik.

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *