A Hideo Kojima Game

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera!

Sepatutnya aku dah lama nak tulis pasal ni tapi asyik tertangguh sahaja. Baiklah,beberapa bulan lepas sempat tengok dokumentari pasal pencipta permainan video terkenal dari Jepun Hideo Kojima yang bertajuk Hideo Kojima: Connecting Worlds kat saluran Disney+Hotstar. Kisahnya banyak menceritakan mengenai pembikinan permainan video Death Stranding ( aku belum main lagi) yang mengambil masa selama 3 tahun.

Selepas keluar dari syarikat KONAMI atas sebab-sebab tertentu, syarikat SONY bagi sumber kewangan yang banyak untuk dia buka syarikat sendiri dan kemudian tertubuhlah KOJIMA PRODUCTIONS yang terletak berhampiran dengan bangunan SONY dekat Tokyo Jepun. Dalam dokumentari ini banyaklah sesi temuramah dengan pelakon, kru dan semua yang membantu dalam pembikinan permainan video ini.

Tapi paling menarik bagi aku adalah sejarah hidup Hideo Kojima itu sendiri. Sejak kecil dia ni memang minat membaca buku dan menghabiskan masa kanak-kanak dia dengan membaca terutamanya cerita fiksyen. Bila pulang dari sekolah selalunya dia akan singgah ke kedai buku hingga tauke kedai tu pun kenal dengan dia ni. Dia banyak berimiginasi seorang diri dirumah bila kedua ibubapanya keluar pergi bekerja. Dari situlah tercetus idea-idea untuk permainan video yang menjadi pujaan peminat sampai hari ni.

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *