Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Akhirnya dapat juga aku luangkan masa pergi ke MAHA ni. Walaupun dahulunya aku duduk di Selangor dan ada juga duduk di Sri Serdang namun langsung tak teringin nak pergi mungkin sebab kerja atau fikir tak ada apa sangat kat situ. Tetapi setelah beberapa kali diadakan dan melihat sambutan yang amat menggalakkan, aku pun teruja untuk tengok apa sebenarnya yang menarik kat sana.Disini aku nak cerita sedikitlah pengalaman aku sehari suntuk di expo ni dan hotel mana yang aku tinggal.
*Kembali semula ke Seri Kembangan
Kali terakhir aku singgah sini adalah masa ziarah kawan aku yang nak bertolak ke Jepun tahun 2015 yang lalu. Datang balik kali ni tak banyak perubahan yang berlaku cuma masa pergi ke The Mines aku perasan banyak kedai dah tutup. Aku kesitu pun sebab nak makan dan beli barang sikit kat Lotus, Daiso dan tengok kedai arked yang masih bertahan sampai sekarang.
Untuk trip ke MAHA ni aku tinggal dekat hotel budget namanya THE SUN INNS. Hotel ni memang dah lama dan selalu aku perasan masa balik kerja dulu. Tempatnya memang strategik sebab sederet dengan kedai (bawah hotel tempat aku tinggal tu ada kedai mamak), tempat tunggu bas dan teksi serta seberang jalan ada stesen Komuter Serdang. Ada 3 cawangan disini dan aku tinggal dalam hotel nombor 3. Disebabkan aku datang seorang jadi aku ambil bilik single yang kadar semalam lebih kurang RM 50 (selepas diskaun). Biliknya memang berpatutan dengan harga yang ditawarkan pada pendapat aku, sebab asal boleh tidur kira okay sahajalah.



*Seharian di MAHA
Pada keesokan harinya lebih kurang pukul 1000 selepas makan di kedai mamak aku menaiki teksi bergerak ke MAEPS Serdang. Tambang dalam RM 25 sehala sebab jalan masuk memang sesak walaupun hari biasa ditambah pula dengan kenderaan yang banyak meletak kereta dibahu jalan depan Hospital Serdang tu. Bayaran masuk untuk kenderaan sendiri adalah RM 3 dan orang yang datang memang ramai. Ada yang datang dengan bas sewa khas dari pelbagai negeri.


Sampai sahaja aku terus pergi ke dewan-dewan pameran yang ada. Macam-macam pameran ada yang khususnya berkaitan dengan pertanian, jualan PKS, agensi-agensi kerajaan berkaitan, peluang pekerjaan dan sebagainya.Kebetulan masa dekat booth MOA (Ministry of Agriculture), Sultan Selangor datang melawat kira bertuah jugalah aku ni.












Selepas pergi semua dewan yang ada, aku menaiki bas transit dua tingkat menuju ke pameran penternakan. Ada juga perkhidmatan buggy tapi aku rasa ada bayaran dan khas untuk orang-orang penting sahaja rasanya. Turun sahaja bas aku pergi tengok pokok dan jumpa pokok Ketum Ayam. Ada tinggal dua tapi aku beli satu je buat benih. Lepas tu aku terus pergi tengok lembu-lembu baka luar yang menjadi tarikan utama kat expo ni. Kesemuanya lembu jantan dan dijadikan baka untuk pembiakan. Banyak jugak haiwan-haiwan lain dan ada juga petting zoo yang kena bayar kalau nak masuk.













Apa yang aku perasan adalah dimana sahaja ada pameran memang ada gerai-gerai makan yang ada tempat duduk untuk menjamu selera sekali. Tetapi disebabkan aku masih lagi kenyang makan roti canai kedai mamak pagi tadi jadi aku beli bungkus sahaja roti pita 3 keping dengan air tembikai.Tempat terakhir aku pergi adalah kawasan orang jual anak pokok. Macam-macam jenis pokok ada tetapi yang aku perasan banyak pokok durian dengan pelbagai variasi. Ada juga perkhidmatan motorsikal roda tiga untuk bawak anak pokok yang banyak ke kereta masing-masing dengan sedikit bayaran.
Setelah melawat tempat jual anak pokok tu aku bergegas keluar dari tapak expo untuk balik semula ke hotel. Mujur bawa troli kalau tak lenguh juga bawa anak pokok kehulu kehilir tengah-tengah panas tu. Masa balik pelan asalnya nak pergi The Mines lagi tapi sebab letih sangat aku beli bungkus sahaja dekat kedai mamak bawah tu.
*Masa untuk pulang
Keesokan harinya aku keluar dari hotel untuk pulang semula ke rumah.Masa datang haritu aku ikut Kuala Lumpur tetapi kali ni aku naik bas di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) yang cuma satu stesen sahaja dari Komuter Serdang. Aku rasa bernasib baik sebab masa aku balik hujan renyai dan kalau aku pergi MAHA hari itu mesti basah kuyup dibuatnya.
Jadi itulah sahaja coretan pengalaman aku kat expo ni dan harap dapat pergi lagi kalau panjang umur atau kalau ada rezeki lebih boleh bukak booth kat sana.
Sekian