Black Adam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Selepas sekian lama barulah aku dapat jejak kembali ke dalam panggung wayang. Sebelum ni aku ada pergi juga konon nak tengok filem Mat Kilau tetapi disebabkan sambutan yang hangat hingga tiap-tiap minggu dipenuhi oleh budak-budak sekolah jadi aku tak berkesempatan tengok cerita tu lagi.

Sebenarnya, tak teringin pun nak tengok Black Adam ni tetapi disebabkan tertarik dengan trailer dia dan nampak ada Pierce Brosnan berlakonan jadi pergi jugalah tengok apa yang menarik dan pada aku tak menarik mana pun cuma nak perkenalkan watak-watak lain DC Comics sahaja .Aku pun tengok sampai habis disebabkan watak Dr.Fate, kalau tak nak juga aku keluar awal.

Sinopsis sikitlah berkenaan Black Adam ni atau Teth Adam merupakan seorang rakyat yang dijadikan hamba oleh seorang raja zalim yang taksub dengan ilmu hitam 5000 tahun yang dulu. Raja ni perlukan satu mineral khas yang mempunyai kuasa ajaib untuk mencapai impian beliau mempunyai kuasa yang luarbiasa. Jadi dia kerah rakyat dia pergi cari sampai dapat.Lama kelamaan rakyat dia memberontak dan minta seorang wira datang menyelamatkan diorang. Kuasa dia lebih kurang Shazam tapi dia ni lebih ganas. Disebabkan wira ni tak boleh dikawal dia dikurung oleh ahli-ahli sihir dan dimunculkan semula secara paksa beberapa ribu tahun kemudian.

Justice Society yang tahu pasal dia ni cuba cari dan kawal dia supaya jangan membuat kerosakan dan membunuh orang sesuka hati. Disamping itu, raja yang zalim sebelum ni ada tinggalkan mahkota diperbuat dari mineral khas yang kalau disalahkan guna boleh mendatangkan bahaya ke seluruh dunia. Jadi tugas Black Adam dan Justice Society ni juga nak mengelak mahkota ni jatuh ke tangan orang yang berniat jahat.

Itulah serba sedikit ceritanya. Kalau sesiapa yang minat DC Comics boleh tengok cerita ni dan kena tunggu sampai akhir untuk tengok Black Adam ni jumpa dengan sorang lagi wira.

Sekian