Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Malam ini dah masuk hari raya ketiga dan sebelum tidur aku rasa nak tulislah sedikit :
- Bulan Ramadhan tahun ni memang mencabar betul. Panasnya tak terkata dan aku rasa hujan yang turun boleh bilang dengan jari sahaja tetapi alhamdulillah pagi 1 Syawal tu hujan turun dengan agak lebat. Ada jamuan hari raya dekat tempat aku yang dihadiri oleh Sultan Pahang dan kerabatnya, sempat pergi kejap sebab hari dah makin panas dan waktu Zohor pun nak dekat masuk.
- Tak sempat terawikh 2 malam di penghujung Ramadhan atas faktor kerja.
- Sempat pergi Bazar Raya di malam raya nak tengok suasana dan beli sedikit kuih raya.
- Malam raya kedua layan movie Gundam Seed Freedom. Disebabkan siri dia aku akhir tengok lama dulu,awal-awal tu macam blur nak ingat balik plot dia. Tapi kemudian mula ingat balik sikit-skit dan banyak fokus pada hubungan Lacus Clyne dengan Kira Yamato je.
Itu sahaja rasanya buat masa ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua!
Sekian