Piala Dunia Qatar 2022

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Jam dah pukul 1.00am dan baru sahaja aku nak masuk tidur rupanya baru ingat nak cerita sikit tentang perlawanan akhir Piala Dunia 2022 malam semalam antara Argentina dengan Perancis.Sebenarnya aku bukanlah peminat sukan sangat cuma kadang-kadang event besar macam ni memang tertarik juga nak tengok. Bukan aku sahaja sebenarnya tetapi hampir seluruh penduduk dunia tengok acara ni dan pada aku Piala Dunia kali ni yang paling meriah setakat ini.

*Banyak kejutan

Entah macam mana negara Maghribi berjaya masuk ke suku akhir tetapi kalah dengan Perancis.Aku pun baru tahu yang banyak pemain dia main di kelab-kelab di Eropah. Ustaz yang mengajar kuliah maghrib di masjid aku kata negara Maghribi ni memang fanatik bola sepak. Budak-budak dia memang lincah main bola dan ada yang boleh jadikan botol air mineral kecil jadi bola sepak. Aku tengok rencana di Al Jazeera, memang ada pusat latihan bola sepak moden disana yang melatih pemain-pemain muda. Pasukan Maghribi juga kalah dengan Croatia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Baiklah, perlawanan antara Argentina dan Perancis memang epik gila. Pada mulanya Argentina nampak selesa bila dapat menghasilkan dua gol diawal permainan. Namun, harapan mereka musnah bila Perancis buat dua gol lagi dan salah satunya daripada sepakan penalti. Bila sampai separuh masa kedua dan masa tambahan, kedua-dua pasukan menambah satu gol membuatkan keputusan seri tiga sama. Akhirnya, juara ditentukan dengan sepakan penalti dan Argentina dinobatkan sebagai pemenang selepas kali terakhir membawa pulang piala tersebut 35 tahun yang lalu.

Lionel Messi dan Kylian Mbappe menjadi bintang utama malam itu tetapi aku terus masuk tidur sebab acara habis nak dekat pukul tiga pagi. Walaupun mengantuk sedikit tetapi tetap teruja sebab kedua-dua pasukan sama-sama hebat.Apapun, Piala Dunia edisi kali ini dah berakhir denga jayanya dan kalau panjang umur kita jumpa 4 tahun lagi.

Tahniah Argentina!

Sekian

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *