Kuala Tembeling 2022

Assalamualaikum and greetings to everyone. Just a few days before I wrote this post, I went to once a famous place in Jerantut,Pahang call Kuala Tembeling. It just a very small town beside the Pahang riverbank. I went there to meet the head chief of the place for land related issues. It has everything like mosque,shops, schools, residential area,police station and more. It’s about 15min drive from Jerantut town and it was famous around local and overseas travelers because it was one of the gateway to Malaysia’s National Park via boat.

*A nostalgic place

When I was small, I used to cross this river to go to Jerantut from my village as an alternative way beside using the road. It’s also a place for villagers to get supplies as many major shops are located here.

*After the pandemic

As my latest visit, it seems this place is almost deserted. Yes,the boats are still there but the service are only upon request. Although it still quite lively during the weekends,public holidays or school breaks local authority advise people that want to go to the National Park to use the road and with a travel agent rather that using the river. I heard from the local that you can rent a long boat for RM 100 to go sightseeing along this river so I recommend to bring your family or friends to enjoy this trip. Here’s a couple of photos that I shot from my quick recent trip in that place.

The parking lot
Some of the treks and package
Across that river is where my village is
The Jetty
Tourist center (now closed)
Waiting area
Some history lesson
Need a boat ride?

That’s it for now. See you on my next trip!

Share it!

Ulasan-ulasan Filem

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Habis sahaja bulan puasa aku dah tak pergi wayang tengok filem terbaru. Entah,tak ada filem yang menarik pada aku. Ada juga filem bajet besar macam Dr.Strange dan Top Gun:Maverick tapi aku tak berminat sangat cerita tu. Ada filem Jurassic Park baru tapi macam tak menarik sahaja. Di bawah ada beberapa filem yang sudah aku tengok dan ada buat ulasan sikit.

Death On The Nile

Uncharted

The Batman

Ada beberapa filem yang aku dah tengok cuma tak buat ulasan dalam Youtube macam Moonfall,Matrix Resurrections dan Ambulance. Filem Ambulance tu ada aku buat review di Youtube tapi tak sampai sehari dah kena Copyright Claim. Cerita dia pun buat pening kepala sahaja dan kalut yang amat sangat. Padan la orang keluar awal dalam panggung, tinggal aku seorang dalam tu tengok jugalah sampai habis.

Matrix Resurrections tu pun aku tengok sorang dalam panggung,tengok pun sebab nak tau kesudahan sepas 3 cerita sebelumnya. Sangat mengecewakan dan cerita ntah apa-apa.

Moonfall pula dah macam cerita Star Wars pula aku tengok akhir-akhir tu yang pada awalnya lebih kurang cerita 2012.

Setakat itulah ulasan filem dalam tahun 2022 ni, lepas ni aku rasa buat ulasan dalam blog ni sahajalah malas pulak buat video dalam Youtube. Tengoklah kalau aku terlebih rajin aku buat juga kalau cerita tu menarik. Sekian.

Share it!

Pengaruh kehidupan songsang

*Apa yang berlaku

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Baru-baru ni Pixar mengeluar trailer filem Lightyear yang merupakan kesinambungan dari filem Toy Story. Tetapi, bila baru nak ditayangkan tak lama lagi didapati terdapat adegan ciuman pasangan lesbian didalam filem tersebut dan menampakkan mereka bahagia dengan kehidupan sonsang mereka. Disebabkan adegan itu sebanyak 14 negara termasuk Malaysia mengharamkan penayangan filem itu setelah pihak penerbitan enggan memotong adegan tersebut.

Sebelum tu memang aku perasan banyak filem barat cuba membudayakan gaya hidup songsang ni atas alasan pemodenan dan hak manusia.Masa tu memang untuk tontonan dewasa macam filem Brokeback Mountain yang berkisar tentang pasangan cowboy yang gay. Tetapi sekarang dah mula nak ‘meracuni’ pemikiran kanak-kanak pulak yang mahu mereka terbiasa dengan cara hidup ni dan ini adalah perkara normal sekarang.

*Agenda tersembunyi

Bukan filem sahaja mereka nak kembang ideologi ni tetapi dalam pendidikan juga. Pernah berlaku di Britain bila ada buku teks murid sekolah yang dimasukkan unsur-unsur LGBT yang membuatkan mak dan ayah mereka marah kepada pengetua dia yang benarkan anak-anak dia baca buku macam tu dalam kelas dan mengajar supaya menerima cara hidup songsang tu.

Di Arab Saudi pula mereka menyita permainan kanak-kanak yang mempunyai warna pelangi yang melambangkan golongan ini.

*Melanggar fitrah manusia

Sebagai orang yang beragama seharusnya kena menolak unsur-unsur yang melanggar fitrah manusia ni. Sekarang, mereka yang menafikan cara hidup songsang ini akan digelar ‘Homophobic’ ,berfikiran kolot, tak ikut peredaran zaman dan sebagainya. Tapi bila melihat semula kisah Nabi Lut a.s didalam Al-quran, satu bandar dikenakan bencana oleh Allah s.w.t disebabkan penduduk dia mengamalkan homoseksual dan kalau dilihat banyak bandar yang Allah s.w.t musnahkan, ada yang ditinggalkan kesan sampai hari ini tetapi bumi Sodom ni langsung tak ada kesan sebab sangat teruk perbuatan yang mereka buat. Apa yang menarik, isteri Nabi Lut a.s turut terkena bala walaupun dia isteri nabi,kenapa? Sebab menyokong tindakan kaum dia dengan memberitahu tentang pemuda-pemuda yang datang ke rumah Nabi Lut a.s . Kita lihat sekarang banyak yang menyokong dan mempertahan golongan LGBT ni hingga ada yang buat usul untuk membenarkan perkahwinan sejenis, mengikuti perarakan, membuat demonstrasi dan sebagainya.

Semoga Allah s.w.t menjauhi kita dari bala dan fitnah akhir zaman.Aminn

Share it!

Raya Terkejut 2022

Walaupun Syawal dah berlalu sebulan yang lalu dan sekarang dah masuk pertengahan bulan Zulkaedah, namun raya tahun ni memang agak luarbiasa. Yelah,pada tahun 2020 yang lalu tak boleh beraya langsung dan tahun lepas pun dapat ziarah satu rumah sahaja sebab masih dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).Selepas dua tahun barulah kerajaan benarkan orang rentas negeri dan dibenarkan juga buat rumah terbuka tetapi masih ada sedikit SOP yang kena ikut.

*Besok raya!

Setelah sebulan berpuasa maka tibalah malam raya, namun selepas pengumuman dibuat tiba-tiba pemegang mohor besar raja-raja umum esok raya! Kalau ikut kalendar sepatutnya masih ada baki sehari lagi puasa namun hari tu anak bulan dah kelihatan jadi umat islam mulalah kelam-kabut sebab banyak lagi juadah belum tersedia dan persiapan masih tak lengkap.

Kat sini aku nak cerita apa yang berlaku kat tempat aku sahaja malam raya tersebut sebab aku memang akan keluar rumah tengok suasana macammana. Mana bunyi mercunnya tak henti-henti, orang beratur kat kedai santan, pasar awam buka sampai awal pagi dan yang pasti kali ni Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi.

Orang ramai beratur di kedai santan
Masih ada yang nak bayar zakat fitrah malam raya

*Selepas dua tahun…

Selain ronda-ronda bazar, aku sempat ambil video suasana malam tu. Dalam pada itu aku sempat juga menemuramah beberapa orang bertanyakan pendapat mereka tentang raya tahun ni dan raya semasa PKP. Orang memang ramailah macam biasa, cuma aku tengok banyak kedai macam dah tak ada stok dan bahagian orang kuih raya dah tak ada. Selepas selesai semua shoot, aku beli mercun roket sahaja sebab niat memang nak beli benda tu. Ada juga disediakan gerai makanan tetapi aku tak layan sangat sebab ramai sangat orang dan dekat rumah aku pun dah banyak makanan.Lebih kurang pukul 12.30 malam aku balik dan kemudian tidur sebab esok kena bangun awal nak Solat Raya. Tetapi, tidur aku diganggu sedikit dengan bau-bauan rendang jiran aku tengah masak.

Video aku buat malam raya

*Dipagi Raya…

Sebelum raya memang kerajaan dah benarkan masjid-masjid dan surau-surau untuk rapatkan saf tetapi sejadah masih kena bawa tetapi yang sebenarnya aku tengok macam rapatkan sejadah sahaja. Tahun ni semua boleh solat raya dah tiada had dah. Aku nampak pagi tu memang ramai orang datang dengan baju raya masing-masing. Selesai ziarah kubur arwah ayah aku terus pergi pasaraya untuk beli barang sikit. Memang kegemaran aku lepas solat raya adalah pergi membeli-belah sebab suka tengok suasana orang beli barang pakai baju raya, mana staf yang muslim pun pakai baju raya jugak dan yang pasti tak ramai orang berbanding sehari sebelum tu. Aku jarang nak beraya rumah orang sebab awal-awal raya ni mereka sibuk dengan sanak-saudara sendiri.

*Raya Sebulan?

Boleh dikatakan raya tahun ni memang meriah. Yelah, selepas dua tahun orang tak dapat beraya ditambah pula banyak orang dapat keluar KWSP sebanyak RM10,000, setiap hujung minggu ada sahaja rumah terbuka kadang-kadang hari biasa pun ada tak kira malam atau siang. Lebih lagi ada beberapa hari yang orang buat jemputan beberapa buah sekaligus tak termasuk yang dibuat secara rasmi oleh orang kenamaan, pejabat dan organisasi-organisasi yang lain. Aku sempat juga hadir semampu yang boleh bila ada jemputan.

Tetapi itulah, raya memang raya tetapi sunnahnya sehari sahaja dan lepas kena buat puasa 6 hari pada bulan Syawal. Paling aku harap semoga Allah s.w.t terima ibadah puasa kita semua dan berdoa semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin.

Banner sambutan raya dekat masjid
Share it!

Apa Khabar Dunia!

*Apa sebab bro?

Setelah sekian lama aku kembali kedunia blogging.Ini semua sebab dengar ceramah malam Ahad hari tu dekat masjid tempat aku yang cakap ulama dulu-dulu sepanjang hidup mereka banyak habiskan masa kongsi ilmu buat kitab. Salah satu ulama yang dia cerita, meninggal
umur 40-an mampu karya lebih 300 buah kitab! . Itulah bila fikir balik ada masa terluang ni eloklah kongsi apa yang patut walaupun sedar diri ni bukan bannyak ilmu sangat pun cuma nak luahkan apa yang berada diminda sahaja.

*Sejarah sikit

Dulu sebelum ada media sosial, blogging ni memang trend di internet untuk orang luahkan pendapat dan kongsi macam-macam. Aku dulu blogging pun sebab hendak buat forum komuniti untuk mereka yang minat Jepun khususnya idol Jepun.Banyaklah jugalah
yang diceritakan dan ada pernah buat pasif income macam iklan,derma, jual barang,torrent tracker dan sebagainya.Tapi masa itu memang fokus untuk komuniti sahaja jadi update blog pun bila rasa teringin.

Memang dua tiga kali jugaklah percubaan dulu dengan beberapa domain macam .net dan .info tapi lama kelamaan bila media sosial makin popular,orang pun tak berapa layan forum,site pun asyik kena serang dengan bot dan kebanyakkan dah ikut haluan masing-masing jadi aku tutup balik site dan fokus pada media sosial sahaja. Dalam pada itu memang ada niat nak buat balik blog tapi scout dah banyak ambil nama domain aku, jadi kena tunggu dan sekarang dah free belaka dan aku pakai yang paling murah .com sahaja.Tengok juga domain pakai nama sendiri tapi itulah tak free lagi masih ada orang guna.

*Apa pula kali ni?

Jadi bermulalah pencarian mencari hosting provider yang baru dan cara terkini setup untuk WordPress balik selepas sekian lama tinggalkan semua benda ni. Pada awalnya, memang nak guna media sosial sahaja sebab platform dia luas dan percuma. Tapi bila aku tengok dekat Facebook, bahagian ‘Pages’ tu dah tak ada sebab situ memang macam blog skit dan aku pernah post kat situ. Kalau pakai Twitter pulak post dia ada limit dan kalau nak tambah kena guna thread so macam leceh pulak. Jadi senang buat balik , lagipun aku nak jaga nama xmorfis ni sebab nanti bila orang dah tahu habis nama domain kena kebas.

Berbalik semula cerita cari Hosting tadi, lepas mengeledah internet jumpa provider ni nama dia Yeahhost. Aku tak berminat guna provider luar sebab cas dia mahal bila dah pakai US dollar dan berdasarkan pengalaman provider tempatan pun ok juga dari segi servis dan kelajuan.Bila tengok memang banyak pakej dan ada yang dedicated untuk WordPress untuk sekali tapi aku tak ambik yang itu sebab nak jimat dan untuk kegunaan sendiri jadi aku ambik Personal Hosting dengan 3GB storage sahaja.

Aku ambil yang Personal Hosting PH2

Selang 24 jam lebih kurang, site dah sedia dan domain pun dah registered. Bila aku tengok balik memang sekarang lebih mudah dengan semua built-in dalam cpanel sahaja,apa site yang nak buat semua dah ada cuma install sahaja dari situ. Tapi masih perlu sikit ada ilmu dalam CSS dan html sikit untuk ubah layout dia.Tak perlu lagi cari satu-satu dan upload guna ftp. Semua buat dalam cpanel sahaja.Apapun banyak tutorial di Youtube yang boleh anda ikut kalau nak buat sendiri dengan template berbayar atau percuma.

Rupa cpanel dia

*Hasilnya?

Setelah beberapa jam edit itu dan ini maka baru siap lebih kurang blog ni. Aku guna template WordPress Independent Publisher 2 dari Raam Dev yang nampak kemas dan simple.Nanti dalam semasa ke semasa akan ditambah itu dan ini. Inshallah,aku cuba post sekerap yang mungkin dan tak akan biarkan ‘berhabuk’ macam dulu-dulu sebab ada macam-macam idea nak tulis dari isu semasa,tempat mana yang aku pergi,barang apa yang aku pakai ,filem apa yang aku tengok dan perkara-perkara menarik yang lain.Aku akan kongsikan setiap post di Twitter dan boleh komen disana tapi kalau nak komen sini pun tak apa.

Untuk mereka yang nak cuba boleh ikut tutorial ni:

Share it!