Forrest Gump

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.Tetapi sedihnya aku tak berkesempatan masuk nama dalam korban atas faktor wang dan masa.Apapun insyallah aku akan membantu masjid berdekatan untuk menunaikan ibadah korban.

Baru-baru ni aku sempat menonton filem Forrest Gump. Ya,cerita ni dah lama sejak zaman kaset VHS lagi dah masuk VCD kemudian DVD akhirnya Blu Ray pun aku tak tengok lagi cuma tiba-tiba cerita ni keluar dalam channel Paramount (yang baru sahaja ditamatkan siaran di ASTRO) jadi aku ambil kesempatan layan sampai habis.

Cerita kehidupan unik seorang lelaki dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa yang diselitkan dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di Amerika Syarikat pada ketika itu. Sejak kecil dia berkawan baik dengan seorang budak perempuan ni sehinggalah dewasa tetapi sering ditinggalkan sebab kawan dia ni cuba nak berpisah dan membawa haluan sendiri.Namun, Forrest Gump ni tetap setia dengan dia dan cuba memujuk untuk tinggal bersama.

Paling menarik bagi aku dalam cerita ni adalah ketika Forrest Gump ni dikerah sebagai anggota tentera semasa perang Vietnam. Pada satu ketika, dia dan pasukannya diserang hendap oleh tentera Vietnam. Didalam kekecohan itu, dia sempat berulang alik berlari memikul beberapa rakan setugas yang cedera teruk ke tempat selamat termasuk ketua platun dia. Tak boleh dibayangkan suasana letupan disini sana dengan nak pikul orang lagi ditambah muatan senjata sendiri hanya fikir nak selamatkan seberapa ramai yang boleh sebelum bantuan tiba. Atas keberanian yang ditunjukkan, dia dianugerahkan pingat oleh Presiden Amerika Syarikat pada masa itu.

Sekian

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *