Lawatan Kilang Ajinomoto & Yakult

Salam dan Selamat Sejahtera!

Pada bulan April 2024 aku berpeluang mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke kilang Ajinomoto dan Yakult di Negeri Sembilan. Terletak di Bandar Perindustrian Enstek, kilang Ajinomoto ni baru sahaja didirikan dan jenama ni sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1960an lagi.

Bila di teliti,kilang baru yang punya besar ni lebih kepada pejabat urusan, bilik pameran dan stor penyimpanan sahaja. Operasi kilang hanya tertumpu kepada proses akhir pembungkusan untuk pasaran dalam negeri dan antarabangsa.Semua bahan sudah siap diimport dari luar negara dihantar ke sini untuk dibungkus kemudian dipasarkan ke kedai dan pasaraya seluruh negara. Selain perencah masakan ada juga bahan masakan lain seperti Tumix,Perencah Nasi Goreng dan lain-lain dibungkus sekali.

Semasa lawatan, kami dibawa ke bilik seminar untuk sedikit taklimat dan demonstrasi masakan. Kemudian, kami semua dibawa ke bilik pameran yang lebih kepada sejarah penubuhan syarikat. Selepas itu,semua ahli rombongan dibawa menuju ke tingkat satu untuk melihat operasi kilang. Nampak jelas cara mereka membungkus produk dan kawasan kilang yang begitu bersih sekali.Walaupun hanya satu tingkat, lif untuk naik keatas ada disediakan.

DSC00515
Mendengar sedikit taklimat
Sebahagian produk-produk mereka
Produk dari Jepun juga turut dipamerkan
Sejarah penubuhan
Kawasan dalam kilang memang besar!
Orang yang mencipta Ajinomoto

Selepas selesai lawatan ke kilang Ajinomoto, ahli rombongan dibawa pula melawat ke kilang Yakult. Seperti biasa, ada taklimat ringkas dan sesi soal jawab. Kami semua diberi sebotol seorang produk Yakult untuk diminum. Selepas itu, kami dibawa ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana produk Yakult dihasilkan. Di kilang ini juga mereka menghasilkan bekas minuman sendiri menggunakan mesin khas yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.

Kilang-kilang Yakult diseluruh dunia
Produk Yakult dari Jepun turut dipamerkan

Sekian

KLCC revisited

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera!

*Kembali ke KL

Kuala Lumpur adalah antara bandar kegemaran aku dekat Malaysia ni. Trip kali ni adalah yang ketiga selepas trip sebelum ni yang aku singgah sehari semalam sahaja selepas balik dari Singapura. Tujuan aku pergi kali ni adalah untuk tengok pameran francais di Pusat Konvensyen KLCC dan urusan insuran di KL Sentral. Disini aku nak cerita apa yang berlaku masa aku di sana. Kalau nak tengok trip pertama aku tahun ni selepas pandemik, boleh tengok video di bawah.

* KLCC aku datang lagi

Sampai sahaja KL aku terus naik monorel pergi KL Sentral. Selesai sahaja urusan aku dekat situ aku terus menaiki Rapid KL pergi KLCC. Buat aku yang terakhir pergi KLCC tahun 2017 ( jalan kaki dari Bukit Bintang) memang nostalgia pergi sana naik Rapid kali ni sebab masa aku duduk Selangor dulu hampir setiap hujung bulan pergi KLCC sebab nak pergi Kinokuniya. Untuk makluman, lawatan aku kali ni memang di pertengahan cuti sekolah jadi memang ramai manusia yang datang membanjiri tempat tumpuan pelancong tersebut. Sampai sahaja KLCC aku terus menuju ke Pusat Konvensyen tetapi yang aku perasan ada satu pameran besar tentang industri sarung tangan getah disana. Aku macam tak percaya yang bisnes sarung tangan getah ni orang boleh buat pameran di seluruh ground floor dekat Pusat Konvensyen tersebut dan ramai juga yang datang tu!

Pameran fasal sarung tangan getah sahaja di tingkat bawah
Para penganjur

Walaupun pameran besar tetapi aku tak berminat dengan industri tu. Jadi kehulu kehilir mencari pameran francais tu dan aku rasa hampir nak balik dah sebab fikir mungkin buat hari lain dan kemudian tiba-tiba terjumpa jadual pameran dan kursus yang ada dekat situ yang rupanya pameran aku hendak pergi ni di Hall 6 tingkat satu. Memang selalu aku datang KLCC Convention Center ni dahulu untuk Comic Fiesta dan acara-acara lain tapi tak adalah sampai tingkat satu. Cari punya cari jumpa juga tapi pameran dia tak berapa besar walaupun ramai juga yang datang.

Pameran francais Malaysia
Robot-robot pelayan

Dah puas tengok pameran, aku akan pergi tempat wajib di KLCC iaitu Kinokuniya. Aku memang ingat nak tengok-tengok apa menarik dalam tu tapi disebabkan sekarang musim cuti sekolah dan orang punya ramai walaupun hari biasa, aku pergi Japan Section sahaja yang biasa aku pergi dulu untuk cari majalah Jepun atau Manga.Berbanding masa aku pergi dahulu, dah ada macam-macam sekarang termasuklah figure,cenderahati, kraftangan dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Jepun.

Nampak simple je bekas air tapi harga RM 145 satu

Aku tak lama dekat situ sebab hari dah lewat petang dan aku masih tak solat Asar jadi aku terus menuju ke stesen RapidKL di kala orang tengah nak balik kerja ni dan merasalah sikit ‘rush hour’ sepanjang perjalanan aku balik ke hotel di kawasan Lalaport Bukit Bintang. Selepas selesai mandi di hotel, aku bersiap pergi ke Masjid Al Bukhary yang terletak tidak berapa jauh dari situ untuk solat Maghrib dan Isyak. Kebetulan malam Jumaat, jadi selepas solat Isyak ada jamuan makan dekat tingkat bawah yang disediakan oleh pihak masjid sendiri. Aku lewat balik sebab hujan lebat dan alhamdulillah masih sempat naik monorel kembali semula ke hotel aku dalam pukul 10.00 malam.

Keesokan harinya selepas aku ‘check out’ dari hotel, aku pergi makan di Berjaya Times Square. Kemudian,menuju semula ke masjid untuk Solat Jumaat. Aku tengok ramai betul orang meniaga di tempat jalan kaki menuju ke masjid tu, rasa dah macam pasar pagi! Tetapi aku tak beli apa-apa pun dan terus duduk didalam masjid sampai solat selesai. Habis sahaja solat aku terus menuju ke Lalaport untuk tengok apa yang menarik disana. Aku tak ada banyak masa jadi singgah Niitori, Sony Centre dan Nijima sahaja. Selepas tu aku naik monorel semula, naik bas dan menuju kembali kerumah. Harap dapat datang lagi KL hujung tahun ni tapi tengoklah kalau ada apa-apa yang menarik

Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur
Penjaja di kaki lima masjid

*Pertama dan terakhir

Dikesempatan ni aku nak cerita sikit tentang hotel yang aku tinggal namanya Golden Palace Hotel. Tapi indah khabar dari nama sahaja sebab serba tak kena aku rasa. Pertamanya, masa booking nampak murah sebab dalam lingkungan RM 50 sahaja semalam. Tetapi bila sampai tiba-tiba kena tambah RM 30 lagi jadi harga yang sebenar jadi RM 80 yang buat aku rasa tertipu sikit. Hotel memang buruk dan tak berbaloi dengan harga. Air panas nak mandi takda, air aircond menitik, bunyi bising orang cakap malam-malam dekat luar, siaran TV2 dan TV sukan sahaja yang ada suara TV lain diam membisu dan aircond yang tak berapa sejuk (nasib baik malam tu hujan). Setakat ni inilah hotel paling teruk pernah aku tinggal di KL dan aku harap pihak pengurusan naik taraf sikit servis dan kemudahan dekat hotel ni.

Sekian.

Pertama Kali ke MAHA 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Akhirnya dapat juga aku luangkan masa pergi ke MAHA ni. Walaupun dahulunya aku duduk di Selangor dan ada juga duduk di Sri Serdang namun langsung tak teringin nak pergi mungkin sebab kerja atau fikir tak ada apa sangat kat situ. Tetapi setelah beberapa kali diadakan dan melihat sambutan yang amat menggalakkan, aku pun teruja untuk tengok apa sebenarnya yang menarik kat sana.Disini aku nak cerita sedikitlah pengalaman aku sehari suntuk di expo ni dan hotel mana yang aku tinggal.

*Kembali semula ke Seri Kembangan

Kali terakhir aku singgah sini adalah masa ziarah kawan aku yang nak bertolak ke Jepun tahun 2015 yang lalu. Datang balik kali ni tak banyak perubahan yang berlaku cuma masa pergi ke The Mines aku perasan banyak kedai dah tutup. Aku kesitu pun sebab nak makan dan beli barang sikit kat Lotus, Daiso dan tengok kedai arked yang masih bertahan sampai sekarang.

Untuk trip ke MAHA ni aku tinggal dekat hotel budget namanya THE SUN INNS. Hotel ni memang dah lama dan selalu aku perasan masa balik kerja dulu. Tempatnya memang strategik sebab sederet dengan kedai (bawah hotel tempat aku tinggal tu ada kedai mamak), tempat tunggu bas dan teksi serta seberang jalan ada stesen Komuter Serdang. Ada 3 cawangan disini dan aku tinggal dalam hotel nombor 3. Disebabkan aku datang seorang jadi aku ambil bilik single yang kadar semalam lebih kurang RM 50 (selepas diskaun). Biliknya memang berpatutan dengan harga yang ditawarkan pada pendapat aku, sebab asal boleh tidur kira okay sahajalah.

TV tu ada siaran TV8 sahaja
Bolehla untuk hotel bajet
Bilik air pun ok je

*Seharian di MAHA

Pada keesokan harinya lebih kurang pukul 1000 selepas makan di kedai mamak aku menaiki teksi bergerak ke MAEPS Serdang. Tambang dalam RM 25 sehala sebab jalan masuk memang sesak walaupun hari biasa ditambah pula dengan kenderaan yang banyak meletak kereta dibahu jalan depan Hospital Serdang tu. Bayaran masuk untuk kenderaan sendiri adalah RM 3 dan orang yang datang memang ramai. Ada yang datang dengan bas sewa khas dari pelbagai negeri.

Laman utama
Aku boleh tak perasan foodtruck Satey Hj Samuri tu lol

Sampai sahaja aku terus pergi ke dewan-dewan pameran yang ada. Macam-macam pameran ada yang khususnya berkaitan dengan pertanian, jualan PKS, agensi-agensi kerajaan berkaitan, peluang pekerjaan dan sebagainya.Kebetulan masa dekat booth MOA (Ministry of Agriculture), Sultan Selangor datang melawat kira bertuah jugalah aku ni.

Orang memang ramai walaupun hari biasa
Dron untuk sembur racun dan baja
Masa ni la Sultan Selangor datang ziarah
Menarik ceramah ni pasal penjenamaan produk tetapi aku tak tunggu lama sebab banyak lagi tempat nak pergi

Selepas pergi semua dewan yang ada, aku menaiki bas transit dua tingkat menuju ke pameran penternakan. Ada juga perkhidmatan buggy tapi aku rasa ada bayaran dan khas untuk orang-orang penting sahaja rasanya. Turun sahaja bas aku pergi tengok pokok dan jumpa pokok Ketum Ayam. Ada tinggal dua tapi aku beli satu je buat benih. Lepas tu aku terus pergi tengok lembu-lembu baka luar yang menjadi tarikan utama kat expo ni. Kesemuanya lembu jantan dan dijadikan baka untuk pembiakan. Banyak jugak haiwan-haiwan lain dan ada juga petting zoo yang kena bayar kalau nak masuk.

Beratur panjang nak naik bas tapi kejap sahaja sebab memang bas banyak
Tinggal satu lagi lol
Anak pokok durian dimana-mana sahaja
Macam-macam baka ayam ada
Yang mana jantan yang mana betina?
Fully automated terbaik!
Nak balik laman utama semula
Kalau ada dusun eloklah ni

Apa yang aku perasan adalah dimana sahaja ada pameran memang ada gerai-gerai makan yang ada tempat duduk untuk menjamu selera sekali. Tetapi disebabkan aku masih lagi kenyang makan roti canai kedai mamak pagi tadi jadi aku beli bungkus sahaja roti pita 3 keping dengan air tembikai.Tempat terakhir aku pergi adalah kawasan orang jual anak pokok. Macam-macam jenis pokok ada tetapi yang aku perasan banyak pokok durian dengan pelbagai variasi. Ada juga perkhidmatan motorsikal roda tiga untuk bawak anak pokok yang banyak ke kereta masing-masing dengan sedikit bayaran.

Setelah melawat tempat jual anak pokok tu aku bergegas keluar dari tapak expo untuk balik semula ke hotel. Mujur bawa troli kalau tak lenguh juga bawa anak pokok kehulu kehilir tengah-tengah panas tu. Masa balik pelan asalnya nak pergi The Mines lagi tapi sebab letih sangat aku beli bungkus sahaja dekat kedai mamak bawah tu.

*Masa untuk pulang

Keesokan harinya aku keluar dari hotel untuk pulang semula ke rumah.Masa datang haritu aku ikut Kuala Lumpur tetapi kali ni aku naik bas di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) yang cuma satu stesen sahaja dari Komuter Serdang. Aku rasa bernasib baik sebab masa aku balik hujan renyai dan kalau aku pergi MAHA hari itu mesti basah kuyup dibuatnya.

Jadi itulah sahaja coretan pengalaman aku kat expo ni dan harap dapat pergi lagi kalau panjang umur atau kalau ada rezeki lebih boleh bukak booth kat sana.

Sekian

Trip ke Singapura 2022

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua!

*Kali pertama Ke Singapura

Setelah sekian lama, baru-baru ni sahaja aku dapat berkunjung ke kota singa! Kali terakhir aku pergi adalah pada tahun 2012 iaitu 10 tahun yang lalu. Masa tu aku pergi ikut kawan sebab dia nak beli tiket untuk tengok live Perfume. Tiket keretapi sudah beli awal tetapi selang sehari dua macam tu penjualan tiket live dia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tiket keretapi tu tak boleh refund jadi mahu tak mahu kena pergi juga untuk tujuan jalan-jalan dan melancong. Masa tu perjalanan keretapi akan pergi terus melintasi tambak Johor dan sampai ke checkpoint Woodlands. Dia cuma berhenti di JB sentral untuk turunkan penumpang dan akan ambil pasport mereka yang nak masuk ke Singapura.Kemudian sampai sana kena lepas dua imigresen Malaysia dengan Singapura. Masa pertama kali pergi tu, kami pergi Perfume live punya venue, pergi karaoke, AKB 48 theater dan cafe (sekarang dah tutup), jalan-jalan Orchard Road dan kemudian malamnya balik KL semula naik sleeper train.

Masa nak pergi naik tempat duduk biasa sahaja
Depan AKB 48 teater yang tutup tak beberapa lama lepas tu
Balik naik sleeper train yang kebetulan ada kosong lagi

* Buat apa kat sana?

Untuk trip kali ni aku pergi dengan mak aku naik keretapi ‘sleeper train’ dari Stesen Mentakab hingga JB Sentral yang harganya dalam anggaran RM 70 untuk dua orang. Paling lemah adalah train tu dijadual pukul 0415 tapi sebenarnya sampai pukul 0520.Aku terpaksa datang awal pulak tu dalam 0024 sebab tak ada siapa nak hantar pukul 4 pagi. Tetapi masuk sahaja tren lepas tu dapat baring dan tidur memang terbaik dan berbaloi sekali ditambah pula dengan aircond yang sejuk.

Dalam tengahari macam tu baru sampai JB Sentral dan berbeza masa aku datang dahulu,kali ini train ni memang berhenti kat situ dan aku kena ambil tren lain untuk ke Stesen Woodlands. Jadi aku kena naik tingkat satu pergi kaunter tiket (kena tunjuk pasport sekali) dan beli tiket yang berharga RM 5 sehala. Jadual perjalanan Shuttle Tebrau ni memang banyak dan aku tengok yang pagi-pagi semua dah kena ‘booked’ sebab orang nak pergi kerja dekat Singapura. Tempat duduk dia ‘free seating’ dan boleh duduk mana-mana yang kosong.

Sampai dekat checkpoint sana satu masalah timbul bila aku perasan penuh kod QR ICA suruh isi borang ketibaan dalam talian. Ah sudah, aku tak tahu apa-apa ni sebab kebiasaan dahulu isi manual dengan borang kertas tu. Tetapi nasib baiklah pegawai dia tolong isikan guna tablet dan dalam banyak-banyak yang turun tu, aku dan mak aku serta seorang lagi yang kena. Ambik masa jugalah dan lepas lalu imigresen terus takda masalah dah dengan imigresen atau kastam sampai aku balik semula ke sempadan Malaysia.

*Sehari suntuk di Singapura

Lepas sahaja keluar Woodlands punya checkpoint tu aku dah lupa mana nak cari stesen MRT dia. Nak tengok phone tak set up roaming lagi jadi terpaksalah naik bas untuk pergi stesen MRT yang terdekat. Dalam bas bila nak bayar tambang, pemandu bas tu takda duit kecil pula dan pakai kad Maybank Debit tak lepas walaupun dah set ‘oversea spending’. Mujur seorang uncle dalam bas tu ada duit tukar dan dapatlah bayar tambang bas. Tetapi tempat turun tu jauh nak pergi ke stesen MRT dan bila sampai sana aku beli kad ezlink yang berharga SGD 10 ( 5 untuk harga kad tu dan 5 lagi baki dalam kad). Kerani tu kata kad ni tahan sampai 5 tahun jadi kena bawalah kalau nak pergi Singapura lagi.

Kad ezlink untuk naik pengangkutan awam di Singapura
Kota Singa aku datang lagi!

Naik sahaja MRT memang niat aku nak pergi tengok Merlion sebab itu sahaja bukti yang semua orang tahu kau dah pergi Singapura dan memang tempat tumpuan pelancong yang utama. Cuaca hari tu memang panas dan aku pun tak lama kat situ sebab hari dah petang dan aku pun tak solat lagi. Lepas ambik gambar semua aku kembali semula ke Stesen Raffles Place dan menuju ke Stesen Bugis untuk pergi Masjid Sultan yang terletak tak jauh juga dari situ.Di kawasan masjid tu juga terletak Arab St yang juga tempat tumpuan pelancong.Kalau depan masjid tu memang dipenuhi dengan kedai makanan Arab,Minang, Jepun dan sebagainya. Sesuatu yang menarik adalah dekat pondok keselamatan dekat pintu pagar masjid tu ada disediakan botol pencuci tangan yang diberikan secara percuma dan pegawal tu suruh ambil lagi sebab stok memang banyak jadi aku bawa pulang 4 botol pencuci tangan sebagai buah tangan.

Dalam perjalanan ke Masjid Sultan
Gerai-gerai di Arab St
Restoran-restoran depan Masjid Sultan
Masjid Sultan Singapura
Dalam masjid tertua di Singapura
Baru selesai solat Isyak dan nak gerak balik

Seleasai sahaja solat Isyak, aku bergegas ke tempat hentian bas di depan bangunan Golden Mile Complex. Awalnya, aku dah pergi ke pejabat jualan dia untuk redeem tiket yang aku beli dalam talian. Walaupun tak berapa jauh, tapi letih jugalah nak berjalan dan lintas jalan. Asalnya nak makan malam dekat kawasan masjid tu tapi aku batalkan niat sebab orang terlalu ramai jadi aku meneruskan perjalanan dan menunggulah dekat bangunan tu selama beberapa jam hingga bas ke Kuala Lumpur sampai dalam tengah malam.

Didepan bangunan Golden Mile Complex untuk tunggu bas balik Kuala Lumpur

*Mahu datang lagi

Dulu memang ada hasrat mahu kerja di Singapura sebab tukaran duit dia yang tinggi. Tapi disebabkan tak mahu menghadap kesesakan hari-hari, kos penginapan yang tinggi dan budaya yang tak berapa sesuai dengan aku jadi aku fikir cari rezeki kat tempat lainlah. Memang aku nak datang lagi Singapura ni untuk luangkan lebih masa kat situ sebab trip kali ni nampak macam tergesa-gesa. Mungkin tinggal sehari kat situ kalau ada duit lebih. Apapun, insyallah ada masa dan umur yang panjang aku datang lagi.

Sekian

Putrajaya 2022

*Aku kembali ke Putrajaya

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ni aku kembali semula ke Putrajaya setelah sekian lama atas urusan memperbaharui semula pasport aku di Jabatan Imigresen .Dahulu, masa aku duduk di kawasan Serdang,Selangor selalu jugak datang sini untuk urusan kerja atau acara-acara menarik yang dianjurkan oleh pihak agensi kerajaan. Kali pertama aku datang ke Putrajaya dahulu dalam tahun 2001 lebih kurang masa ada rombongan Kolej ke sini, masa tu tempat masih baru dan Masjid Putra tak boleh nak solat lagi dan hanya untuk lawatan pengunjung. Acara paling besar aku pernah pergi adalah Hari Belia Negara 2012 (video dibawah)

*Di mana nak tidur malam ni?

Aku rasa untuk blog pasal travel ni hanya cerita hotel mana yang aku tinggal dan buat ulasan sedikit sebab untuk aktiviti yang aku buat boleh rujuk video Youtube dibawah. Memang lumrah kalau pergi mana-mana mesti kita akan cari tempat nak tinggal kalau kita bermalam sekali. Memang kebiasaannya aku akan cari hotel yang berdekatan dengan masjid kalau boleh dan hotel yang aku duduk di Putrajaya ni namanya Dorsett Putrajaya memang berdekatan dengan Masjid Sultan Zainal Abidin atau orang panggil ‘Masjid Besi’.

Hotel ni memang jadi tumpuan orang yang ingin berurusan dengan badan-badan kerajaan sebab terletak di tengah-tengah Putrajaya itu sendiri dan ada juga yang datang untuk makan direstoran yang disediakan. Jadi,sesiapa yang teringin nak menginap disini aku syorkan untuk terus ke laman web dia. Pada masa ni untuk dapat harga yang lebih rendah, boleh daftar keahlian dan dapat diskaun. Tempoh keahlian dalam 2 tahun dan boleh terminate bila-bila. Bila dah jadi ahli, kalau menginap dimana-mana hotel cawangan diseluruh dunia boleh dapat mata ganjaran untuk tebus naik taraf bilik dan layanan istimewa yang lain. Berikut adalah ringkasan aku ketika menginap disini selama 2 malam:

Pro:

  • Tempat strategik. Boleh jalan kaki sahaja untuk ke bangunan kerajaan,masjid, pasaraya mini dan kedai makan.
  • Layanan pun ok dan staff banyak membantu.
  • Bilik bersih, katil sedap tidur dan air cond pun sejuk
  • Ada kolam renang dan gymnasium untuk tetamu hotel

Cons:

  • TV 40″ dah ok tetapi dia ‘lock’ input untuk HDMI dan USB jadi kena layan siaran TV yang dia sediakan tak boleh sambung pada laptop atau guna USB. Ini yang buat aku agak kecewa dan mungkin akan elakkan tempah dekat hotel ni lagi atau cawangan-cawangan dia.
  • Dalam dua kali sarapan aku nampak menu dia tiada perubahan sangat.

Itulah serba sedikit ulasan aku fasal hotel yang aku tinggal masa aku dekat Putrajaya baru-baru ni. Cuma nak bagitahu yang agak sukar cari teksi dikawasan sini jadi kalau tak ada pilihan perlu pakai e-hailing untuk pergi mana-mana. Aku pun tanya kaunter hotel kalau boleh panggil teksi tapi dia panggil GRAB sahaja untuk bawa aku pergi ke Putrajaya Sentral. Video trip ada dibawah.

Sekian