Setiap Hujung Tahun…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini baru masuk bulan Febuari 2023 dan sekarang pun dah masuk bulan Rejab, kemudian Syaaban dan bulan mulia Ramadhan. Lama juga tak tulis apa-apa sebab tidak ada apa yang menarik untuk ditulis, sibuk dengan trade dan belajar saham.Hujung minggu lepas baru masuk pakej aku yang mana belajar untuk trade saham global khususnya pasaran US. Dia buat 3 hari berturut-turut siang dan malam dari hari Sabtu sampai Isnin. Pada aku lebihnya kepada sesi motivasilah tetapi ada jugalah maklumat-maklumat baru yang aku dapat. Selepas ini banyak lagi sesi ‘mentoring’ dari dia dan anak didik dia.Apapun, kalau dia kasi link aku ikut sahaja.

Baiklah kali ni aku nak cerita apa benda wajib yang aku buat setiap awal tahun baru. Bukan sambutan tahun baru di dataran atau main bunga api, aku dah tua sangat untuk itu yang aku maksudkan adalah rancangan TV sempena tahun baru. Lagi bukan rancangan TV tempatan ( rancangan TV tempatan pun tak ada sebab sambutan tahun baru dibatalkan) yang aku maksudkan rancangan TV tahun baru di Jepun yang menampilkan artis-artis mereka.

*Siaran selama 4 jam!

Rancangan TV Jepun yang aku maksudkan adalah ‘Kouhaku Utagassen’ atau ‘Red and White Song Festival’ lebih kurang macam tu lah. Disiarkan secara langsung pada setiap malam tahun baru dan mengambil masa dalam 4 jam lebih. Rancangan ni dah berdekad lamanya dan aku mula layan lebih kurang 13 tahun yang lalu cuma ada beberapa tahun tu aku tak dapat tengok sebab berada diluar negara dan ada juga malas nak download sebab fail dia terlalu besar. Tetapi sejak beberapa tahun ni memang layan sampai habis kerana nak tengok lagu atau artis mana yang hit pada tahun tersebut.

Pada awalnya, aku layan sebab ada idola-idola Jepun yang turut serta dalam persembahan. Tetapi sejak beberapa tahun ni dah makin kurang dan mula nampak pengaruh K-Pop dalam persembahan mereka.Pelbagai jenis artis ada dari tua,muda dan kanak-kanak.Semua genre ada dari Jpop hingga ke ‘Enka’.Pengacara,hos dan tetamu terhormat adalah dikalangan selebriti dan ahli sukan.Selesai semua persembahan mereka akan membuat undian pasukan mana yang akan menang berdasarkan undian penonton di hall dan dirumah. Pasukan wanita diwakili dengan warna merah dan lelaki dengan warna putih, ikut bendera Jepun juga jadi yang menang akan dapat bragging rights sampai hujung tahun depan pula.

*Kalau ada tengok sahaja

Itulah serba sedikit rancangan TV Jepun yang aku layan sekarang.Dulu lagi banyak anime,TV shows,Jdrama dan sebagainya tapi sekarang dah kurang sikit dan fokus pada anime-anime mainstream sahaja.Memang ada siaran TV NHK di ASTRO yang boleh tengok secara live tetapi macam tak berbaloi sebab cuma nak tengok itu sahaja dan kena langgan pakej lain.

Jadi itulah serba sedikit tentang rancangan TV Jepun yang aku pasti layan tiap-tiap tahun cuma masa tahun 2020 rasanya dibatalkan dan tahun berikutnya dibuat tanpa penonton di hall.Baru tahun ini sahaja penonton di hall dibenarkan dan kena pakai mask cuma selebriti,pengacara dan artis tak kena pakai.

Apa punya lagu la sakit telinga aku dengar macammana terkenal satu dunia aku pun hairan

Sekian

Aku dan Saham 2.0

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Setelah tiga bulan menunggu akhirnya kelas saham pun bermula! Tapi sebenarnya dalam tempoh itu banyak juga aku buat trade di Bursa dan demo trade saham global di Saxo Trader. Dalam Bursa aku terus selam terus guna real account dan sekarang masih melingkup haha. Namun aku masih lagi belajar secara sendiri melalui Youtube melalui guru-guru yang lain menggunakan teknik-teknik tertentu dan rasanya sekarang ada hasilnya, tetapi masih permulaan dan perlu banyak kajian lagi.

*Kenal Saham anda

Baiklah, cerita sedikit pasal kelas saham ni yang kelas pengenalannya bermula hujung minggu lepas. Kelas pengenalan ni memang betul-betul basic dan lebih ditujukan untuk orang yang tak tahu apa-apa tentang trade saham ni. Kelas ini juga terbuka untuk semua pakej dari yang murah kepada yang paling mahal. Aku pun tak berapa layan sangat sebab ulang benda yang aku dah tahu sampai aku tertidur dibuatnya haha.Oh ya, semua kelas dibuat secara online kecuali ada satu pakej mahal yang akan ada sesi secara bersemuka.

Hujung minggu ni pula merupakan kelas untuk meraka yang ambil Bursa sahaja tetapi semua orang yang ambil pakej dengan dia dijemput sekali. Macam sebelumnya tak ada benda baru cuma adalah sedikit-sedikit info yang berguna. Ada dia bagi kerja rumah tetapi macam malas pula nak hantar sebab kira nak cepatkan habis dan terus nak trade sahaja. Tetapi kalau dia suruh juga terpaksalah aku hantar haha.Petang tadi guru besar dia turun dan kongsi maklumat yang penting yang aku rasa paling menarik dalam dua hari tempoh pembelajaran ni.

Dalam minggu depan ada sesi ulangkaji dan hujung bulan Januari 2023 nanti bermulalah sesi pembelajaran untuk pakej aku yang meliputi cara nak trade saham-saham global dan inilah sebab utama aku ambil kelas dengan dia. Aku rasa itu sahajalah buat masa ini sebab perjalanan untuk menjadi seorang trader ni masih jauh dan berliku. Semoga bertemu kejayaan kelak, Amin.

Dia bagi buku teks dengan baju sehelai seminggu sebelum kelas bermula

Sekian

Piala Dunia Qatar 2022

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Jam dah pukul 1.00am dan baru sahaja aku nak masuk tidur rupanya baru ingat nak cerita sikit tentang perlawanan akhir Piala Dunia 2022 malam semalam antara Argentina dengan Perancis.Sebenarnya aku bukanlah peminat sukan sangat cuma kadang-kadang event besar macam ni memang tertarik juga nak tengok. Bukan aku sahaja sebenarnya tetapi hampir seluruh penduduk dunia tengok acara ni dan pada aku Piala Dunia kali ni yang paling meriah setakat ini.

*Banyak kejutan

Entah macam mana negara Maghribi berjaya masuk ke suku akhir tetapi kalah dengan Perancis.Aku pun baru tahu yang banyak pemain dia main di kelab-kelab di Eropah. Ustaz yang mengajar kuliah maghrib di masjid aku kata negara Maghribi ni memang fanatik bola sepak. Budak-budak dia memang lincah main bola dan ada yang boleh jadikan botol air mineral kecil jadi bola sepak. Aku tengok rencana di Al Jazeera, memang ada pusat latihan bola sepak moden disana yang melatih pemain-pemain muda. Pasukan Maghribi juga kalah dengan Croatia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Baiklah, perlawanan antara Argentina dan Perancis memang epik gila. Pada mulanya Argentina nampak selesa bila dapat menghasilkan dua gol diawal permainan. Namun, harapan mereka musnah bila Perancis buat dua gol lagi dan salah satunya daripada sepakan penalti. Bila sampai separuh masa kedua dan masa tambahan, kedua-dua pasukan menambah satu gol membuatkan keputusan seri tiga sama. Akhirnya, juara ditentukan dengan sepakan penalti dan Argentina dinobatkan sebagai pemenang selepas kali terakhir membawa pulang piala tersebut 35 tahun yang lalu.

Lionel Messi dan Kylian Mbappe menjadi bintang utama malam itu tetapi aku terus masuk tidur sebab acara habis nak dekat pukul tiga pagi. Walaupun mengantuk sedikit tetapi tetap teruja sebab kedua-dua pasukan sama-sama hebat.Apapun, Piala Dunia edisi kali ini dah berakhir denga jayanya dan kalau panjang umur kita jumpa 4 tahun lagi.

Tahniah Argentina!

Sekian

Page Links

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Maaf tak dapat update selalu blog sebab hari biasa sibuk dengan trade saham.Hanya bila hujung minggu, cuti umum atau ada perkara-perkara yang menarik baru dapat tulis. Sebenarnya ada perkara menarik sekitar minggu lepas tetapi nantilah aku cerita di lain masa.

*My Page Links

Seperti yang anda semua nampak bila buka sahaja site ni ada page yang link pada dua tempat. Pertama adalah Pexels dimana aku dump gambar atau video yang menarik untuk dikongsi secara percuma. Buat masa sekarang tak banyak yang aku upload sebab kamera yang aku tangkap tu tak berapa bagus dan kamera yang aku ada sekarang lebih kepada video.Harap-harap ada rezeki lebih boleh beli kamera yang lebih baik dan kongsi lebih banyak gambar.

Link yang kedua buat masa ni adalah untuk wakaf Pahang (sebab aku tinggal di Pahang). Boleh guna QR yang diberi.Inshaallah aku akan wakaf selalu sebab segala duit yang kita ada dalam dunia ni tak kekal dan untuk orang lain sebenarnya, yang betul-betul kita punya ada apa yang kita infaq ke jalan Allah. Wallahualam

Sekian

Bukan lagi PM tepi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sedar tak sedar kita sudah berada di akhir bulan tahun 2022 dan dua minggu selepas PRU 15. Alhamdulillah cuaca pun baik, semoga semua baik sampai tahun depan inshaallah.Seperti yang semua tahu DS Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Tahniah buat dia sebab tunggu hampir 25 tahun nak dapat jawatan tu dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin.Seminggu selepas itu barisan kabinet dia diumumkan secara rasmi dan buat pertama kalinya kita ada dua Timbalan Perdana Menteri! Harap masing-masing melakukan kerja yang telah diamanahkan oleh rakyat.