Man In The Iron Mask

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Cerita ni punya lama dah keluar baru-baru ni je dapat layan dekat ASTRO. Mula-mula dulu aku ingat ini cerita seram sebab ada topeng tu rupa-rupanya kisah tentang 4 Musketeer yang berdasarkan dari kisah benar dari novel Alexandre Dumas. Lelaki bertopeng besi ni memang wujud tetapi tiada siapa tahu identiti sebenar dia.

Kisah pasal 4 Musketeer yang dah pencen belaka kecuali seorang yang masih berkhidmat dengan raja yang cukup zalim. Biar rakyat dia kebuluran, rampas tunang dan sebagainya sehinggalah sampai pada satu tahap 3 orang musketeer ni dah tak tahan dengan apa yang berlaku, mereka merancang untuk mengganti raja ni dengan orang yang serupa paras rupa dengan dia.

Ada satu babak yang aku suka dalam cerita ni bila watak Philippe ni tanya kenapa beria sangat nak suruh dia ganti tempat raja tu. Jawab Athos, tak ada apa lagi mereka bertiga ni nak dalam hidup selain dapat berkhidmat semula dengan raja yang adil.

Sekian

Raya 2025

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai sebulan berpuasa semoga Allah swt menerima semua amalan kita. Setiap malam raya memang aku akan pergi ke Bazaar Raya Temerloh untuk tengok suasana sambutan kat sana. Tapi aku pergi lewat sikit dalam tengah malam dan bila sampai je masih lagi ada orang tetapi bahagian kuih raya dah tak banyak sebab orang dah memborong awal lagi. Dengan agak kecewa aku jalan-jalan lagi sekitar kawasan bazaar dalam masa 45 min macam tu kemudian balik

Balik je bukak TV tengok cerita ni yang aku pernah tengok dulu. Memang menarik membuatkan aku layan sampai habis. Dekat pukul 3 pagi jugak aku tidur. Dah 20 tahun rupanya cerita ni.Kiera Knightley masa ni pun comel lagi. Pada mulanya dia jual mahal dengan lelaki kaya ni tapi lepas tengok kakak sulung dia,adik dia dan kawan baik dia dah ada pasangan hidup. Dia terima je lepas lelaki ni melamar balik.

Sekian

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam ini dah masuk hari raya ketiga dan sebelum tidur aku rasa nak tulislah sedikit :

  1. Bulan Ramadhan tahun ni memang mencabar betul. Panasnya tak terkata dan aku rasa hujan yang turun boleh bilang dengan jari sahaja tetapi alhamdulillah pagi 1 Syawal tu hujan turun dengan agak lebat. Ada jamuan hari raya dekat tempat aku yang dihadiri oleh Sultan Pahang dan kerabatnya, sempat pergi kejap sebab hari dah makin panas dan waktu Zohor pun nak dekat masuk.
  2. Tak sempat terawikh 2 malam di penghujung Ramadhan atas faktor kerja.
  3. Sempat pergi Bazar Raya di malam raya nak tengok suasana dan beli sedikit kuih raya.
  4. Malam raya kedua layan movie Gundam Seed Freedom. Disebabkan siri dia aku akhir tengok lama dulu,awal-awal tu macam blur nak ingat balik plot dia. Tapi kemudian mula ingat balik sikit-skit dan banyak fokus pada hubungan Lacus Clyne dengan Kira Yamato je.

Itu sahaja rasanya buat masa ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua!

Sekian

Getting Older

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Lama betul tak tulis apa-apa dalam blog ni jadi sebelum tidur tulislah sikit tentang umur aku yang dah meningkat setahun hari ni. Kebetulan hari esok cuti umum Tahun Baru Cina dan permulaan cuti penggal persekolahan tetapi aku tetap kena kerja esok macam biasa.

Selalunya aku muat naik gambar dekat Facebook tetapi malaslah pulak sebab tak ada apa yang menarik. Semoga diberi kesihatan untuk hidup sampai tahun depan.Inshaallah.

Sekian.

Hari Raya Haji 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama betul aku tak tulis apa-apa kat sini. Sejak mula balik bekerja ni memang tak sempat nak tulis apa-apa. Balik sahaja tengok PC kejap lepas tu terus tidur. Ini pun ada masa sedikit sebab aku cuti raya haji selama 3 hari, esok dah kena kerja.

Tahun ni aku tak sempat nak masuk korban sebab dana tak cukup. Inshaallah, tahun depan kalau ada rezeki lebih bolehlah masuk satu bahagian. Harga korban sekarang pun makin mahal, mungkin akan buat korban diluar negara sebab lebih murah dan ramai disana yang lebih memerlukan.

Itulah serba sedikit coretan tengah malam ni, banyak perkara aku nak kongsi harap-harap ada masa nak tulis lagi

Sekian