Aku dan Saham

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Tak sangka,sekarang dah masuk bulan Oktober 2022 dan tinggal 2 bulan lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2023. Hujung bulan lepas aku berpeluang melancong ke Langkawi tetapi cerita pasal tu nanti aku buat video di Youtube.Kali ni aku nak cerita pengalaman aku pergi seminar saham yang diadakan hujung minggu lepas di Cheras,Kuala Lumpur serta hotel mana yang aku tinggal.

*Macam mana boleh minat?

Dah lama sebenarnya tapi itulah tak ada siapa nak tunjuk ajar dan macam-macam anggapan yang pasaran saham ni untuk orang kayalah, haramlah, rugi besarlah,tipulah dan sebagainya. Pernah aku tengok rakan sekerja aku ( bukan Melayu) dulu sambil buat kerja curi masa tengok saham dekat laptop. Aku ada tanya tapi dia beritahu sikit sahaja macam kedekut ilmu dan malas nak layan . Memang sejak dulu pun pasaran saham ni agak asing bagi orang melayu yang ada pun melabur dalam ASB atau Tabung Haji. Terus terang gaji aku masa dulu cukup-cukup makan sahaja untuk sara diri dan bayar hutang lebihan nak simpan pun tinggal beberapa ringgit sahaja jadi macammanalah nak melabur lagi-lagi dalam pasaran saham ni.

Namun, tidak lama kemudian, aku perasan dalam TV ada orang melayu sendiri yang perkenalkan saham ni secara santai dan bersahaja. Aku mula tertarik dan nak tahu lebih lanjut dan cuba ikut siaran TV dia dekat ASTRO RIA. Setelah sekian lama bersiaran,dia mula buat seminar dan aku cubalah menghadiri salah daripadanya di Kuantan pada 2019.

*Mula tahu serba sedikit

Seminar di Kuantan tu dihadiri oleh begitu ramai sekali lebih 1000 orang rasanya. Dari budak universiti sampai ke orang pencen, yang naik kerusi roda dan bertongkat semua ada. Memang semua yang datang tu majoriti orang Melayu kebanyakkan dari pantai timur yang baru nak tahu fasal saham ni. Sebelum ni ada dia buat dekat tempat lain tapi itulah susah nak pergi disebabkan sibuk kerja.

Seminar tu bermula pagi sampai petang ( 2 sesi). Pada sesi pagi tu dia terang pasal pasaran saham Bursa Malaysia,macammana nak buka CDS akaun, cara nak jual beli saham dan sebagainya. Ada juga dia tunjuk cara beli saham US tetapi disebakan masalah internet, dia tunjuk guna papan putih sahaja. Selebih tu dia tunjuk testamoni daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya buat keuntungan dari pasaran saham ni. Ramai dalam tu termasuk aku dah mula bersemangat dan habis sahaja seminar semua berpusu-pusu buka akaun saham dengan Inter-Pacific Securities yang buka kaunter disitu. Walaubagaimanapun, aku ambil borang sahaja sebab orang yang nak mendaftar terlalu ramai dan aku fikir baik pergi cawangan dia di Kuala Lumpur senang sikit.

Seminar baru nak mula
Memang ramai betul yang datang
Buat di Hotel Zenith Kuantan

*The Follow Up

Selang beberapa minggu, aku bergi ke ibu pejabat dia di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Di sebabkan sebelum ni dia dah buat seminar di beberapa buat negeri,aku nampak staf disitu bertungkus-lumus memproses permohonan orang yang mendaftar sebelum ni. Borang yang aku isi sebelum ni tak diperlukan, cuma bagi IC, tandatangan borang baru dan bagi RM 10 sahaja,selesai.

Tak lama lepas tu surat dari Bursa dan Interpacific pun sampai yang kata akaun aku dah aktif. Tetapi dalam portal Interpac tu masih tak ada akaun atas nama aku walaupun dah daftar dalam talian. Disebabkan kesibukan kerja, ditambah pula dengan pandemik,minat tu kian meluntur dan aku simpan dulu hasrat untuk melabur saham ni.

*Perlukan perubahan…

Selang 2 tahun dan habisnya pandemik, minat mula datang bila fikir aku malas dah makan gaji dengan orang lagi. Bila fikir nak berniaga pula lepas pandemik ni aku nampak macam tak berapa menjadi ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang suram dan sikap berhati-hati tak mahu gagal macam sebelum ni. Setelah puas fikir, aku cuba aktifkan balik akaun CDS dan kebetulan ada seminar saham secara bersemuka di Cheras Kuala Lumpur.Sebelum ni memang ada seminar secara online dan video tutorial tapi itulah tak berapa minat ketika itu dan modal pun tak banyak. Tapi kali ni aku macam serius untuk teroka pasaran saham ni walaupun ekonomi tak menentu dan berisiko sekarang.

Seminar tu macam biasa buat hujung minggu dan kehadiran aku rasa lebih 500 orang. Kali ni aku nampak pengurusan dia lebih profesional berbanding dulu dari segi pendaftaran hingga akhir acara.Selesai daftar dan masuk dewan, ada ucapan daripada penyanyi rap Caprice cakap pasal perubahan sikap dan situasi Malaysia sekarang ni. Kemudian barulah penerangan pasal saham tetapi lebih mendalam sikit daripada seminar yang mula-mula aku ikut dahulu. Habis sahaja sesi pagi penganjur suruh datang untuk sesi petang pulak bermula pukul 2.00.

Siap makan dan solat aku datang balik masuk dewan dan dengar taklimat dari pengurus dana Interpacific pasal pelaburan. Dalam ucapan tu dia kata kalau anda minimum RM 50K boleh bagi kat dia untuk laburkan dan dapat pulangan dalam masa tertentu. Selang sejam macam tu ada penerangan lagi pasal saham dan kali ni yang datang dalam 150 orang sahaja yang lain tu tak tahu pergi mana. Seminar habis sebelum pukul 5.00 petang dan selepas tu aku pergi cari makan di AEON Maluri yang terletak berhampiran sahaja.

Kalau tahu aku pakai selipar je
Dulu papan putih kertas je sekarang dah elektronik

*Ulasan Hotel

Disebabkan seminar ni mula awal dalam pukul 8.00 pagi, aku kena cari hotel yang berdekatan dengan venue jadi cari punya cari jumpalah hotel ni nama Hotel Mezzo. Ada dua hotel di kawasan tu tapi aku pilih hotel ni sebab kadar dia rendah sikit. Kawasan dia ada beberapa kedai makan cina dan sebelah ada 7Eleven jadi aku terpaksa jalan jauh sikit ke AEON Maluri atau kedai mamak untuk beli makanan.

Bilik yang aku tinggal agak sempit sebenarnya dan tak ada almari. Kalau nak solat pun aku kena alih sikit katil itu pun cukup-cukup sejadah sahaja. Bilik air ok tak ada masalah sangat, TV boleh masuk HDMI cuma USB port dia tak boleh main media. Tingkat yang aku duduk tu ada ruang untuk orang lepak dan merokok dan di tingkat satu ada tempat santai yang disediakan mesin air minum untuk buat kopi dan teh secara percuma. Aircond pun sejuk cuma tak ada tingkap yang buat aku lemas sedikit.

Katil memang best tidur
Tempat letak barang pun kecik
Banyak jugak bilik di hotel ni
Lounge di tingkat satu
Kopi dan teh percuma untuk tetamu

*Akhir kata…

Itulah serba sedikit pengalaman aku nak belajar saham ni dan harap-harap berjayalah. Untuk yang berminat boleh google ‘Menang Saham‘ dan boleh dapat maklumat lanjut disitu.

Sekian

Share it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *